Wednesday, March 31, 2010

Gagasan Wahdatul Ummah

Gagasan Wahdatul Ummah GWU
Kearah kesejahteraan dunia dan akhirat


Mukaddimah

Gagasan Wahdatul Ummah adalah satu usaha dengan sedaya upaya kearah menyatukan ummah melalui system, formula, pelan strategi yang cermat dan berkesan dengan mengharapkan pertolongan serta hidayat Ilahi semata-mata.

Berlandaskan kebenaran mengikut Al Quran dan As Sunnah yang tidak di pertikaikan oleh ummat yang cinta kepada kedamaian, kesejahteraan di dunia dan di akhirat

Pelan strategi dan pengoprasian yang mengutamakan akhlak Islam mengikut lunas unas yang di persetujui oleh gagasan berdasarkan prospectus Islam. Dalam aspek aspek yang diutamakan secara beransur-ansur kearah keharmonian antara ummat serta menjadikan impian penyatuan ummat di masa akan datang .

Pelaksanaan program itu, perkara sensitif fitnah, tuduhan, menghukum atau menimbul perpecahan diantara golongan diketepikan, tidak disentuh dan ditolak sepenuhnya. Program hanya memberi keutamaan penyelesaian secara mesra, kasih sayang dan keharmonian semata mata mengikut lunas yang dipersetujui.

Semoga dengan usaha yang berat dan membeban ini diharapkan Allah jua yang akan membimbang, memberi ilham, taufik, hidayat dan rahmat selama lamanya.

Kepada Allahlah kami bertawakal dan berdoa agar selamat sejahtera ummat Islam di dunia dan di akhirat.


Pengenalan

Gagasan Wahdatul Ummah nama ringkas GWU ditubuhkan pada 1 Mac 2010


Matlamat

- Menyatukan ummah kearah keredhaan Allah
- Menyelesaikan permasalahan perpecahan ummah
- Mendapatkan formula khas bagi penyelesaian perpecahan ummah
- Mengkuhkan ukhuwah antara ummah
- Memberikan kerjasama, amanah, mesra,taawun dan bertanggungjawab
- Mengembalikan semula kekuatan ummah diperingkat antara bangsa
- Menikmati keamanan dan kejehteraan menyeluruh dibawah kepimpinan ummah Khilafah Islamiyah
-

Aktiviti

- Mengadakan perjumpaan di kalangan yang berlaianan kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw),dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

- Berusaha menyatukan badan badan Islam seluruh dunia samada kerajaan, jamaah, harakah, parti, NGO, badan badan sosial, intitusi pendidikan,perniagaan dan sebagainya dengan apa sahaja yang dikehendaki dan di benarkan dalam Islam.

Di antara wasilah gagasan adalah seperti berikut :

- Gagasan ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Gagasan ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatulummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, gagasan ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil Amal AlIslami')kerana menegakan negara Islam merupakan satu tuntutan kalimah syahadan atau tuntutan Islam itu sendiri. Ia menjadi kewajipan keatasa semua ummt Islam.

- Gagasan ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah),beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli,melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi').

Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah,mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi.Gagasan ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya,pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

- Gagasan ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota gagasan itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah.

Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu" (Surah Hujurat:11-13)

- Gagasan ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukanlah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

- Gagasan ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, gagasan ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkankan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

- Gagasan contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap gagasannya sahaja yang sempurna dan benar, sementara gagasan lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama.

Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

- Gagasan ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

- Ggasan ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota gagasan adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

- Konsep syura semua lapisan badan hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.

- Gagasan ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa, tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, gagasan ini tidak bertolak-ansur sedikitpun...

- Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama member sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama- sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

- Gagasan ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam, sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

- Gagasan ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penyatuan ummah. aktiviti yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah AlHadiid: 28, "Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua (2) bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".

- Gagasan ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada formula penyatuan ummah, bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

AKAN BERSAMBUNG > > > SIRI SETERUSNYA
Wasallam.

1 comment:

  1. Banyaknya organisasi dan kelompok Islam menjadikan umat Islam semakin menjauh dari perintah Rasulullah saw. untuk berjamaah di bawah pimpinan seorang imam. Dengan adanya perbedaan organisasi dan kelompok di kalangan muslimin tersebut, setiap kelompok mempropagandakan bahwa kelompoknyalah yang paling baik daripada yang lain dan yang paling diterima di hadapan Allah. Padahal jika muslimin ini bersatu dengan kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah (berjamaah), maka akan mempunyai kekuatan untuk menegakkan dinul Islam.
    Adanya beragam organisasi dan kelompok Islam yang berdampak pada perpecahan tersebut disebabkan minimnya pengetahuan muslimin tentang pengertian berjamaah sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Nabi saw. Keadaan ini menjadikan muslimin semakin jauh dari Sunnah Nabi saw.
    Menyikapi hal tersebut Abdurrahman Shiddiq melalui karyanya Risalah “Wahdah Al-Ummah” berusaha menerangkan pengertian berjamaah berdasarkan hadits-hadits Nabi saw. yang membahas masalah berjamaah dalam Islam.
    ________
    Berikut video2 kajiannya:

    Kajian Syarah Risalah Wahdatul Ummah (1) https://youtu.be/kdZHc-1mJ3E

    Kajian Syarah Risalah Wahdatul Ummah (2) https://youtu.be/UjuoX_n0Qpk

    Kajian Syarah Risalah Wahdatul Ummah (3) https://youtu.be/anN5Z-WO_5g

    Kajian Syarah Risalah Wahdatul Ummah (4) https://youtu.be/iS1buU1yiK8

    ______
    Download Ebook Risalah Wahdatul Ummah : https://drive.google.com/file/d/0B9hvtPBHwYigNVVzNm16QkpZb1E/view?usp=sharing

    ReplyDelete