Wednesday, March 31, 2010

SYAHADAH


شهادة
SYAHADAH

فاعلم أنه لا إ له إ لا الله
( Surah Muhammad: 19)

Firman Allah swt :

إننى أنا الله لا إله إلا أنا فاعبد نى
Maksudnya : Sesungguhnya akulah Allah Tiada tuhan kecuali aku, oleh itu sembahlah kepadaku
(Surah Toha : 14)

• لا اله الا الله محمد رسو ل الله
Tiada tuhan ( اله ) yang di sembah sebenar-benarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasululah

Firman Allah swt :
Maksudnya :
Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
( Ibrahim 24 )

Kepentingan Syahadah

* Syahadah adalah rukun pertama dari rukun Islam
* Syahadah merupakan pintu masuk Islam dan asas terpenting tertegaknya Islam
* Setelah seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah barulah digelarkan “ Mukmin”
* Iman seseorang tidak berhasil melainkan dengan mengucap dua kalimah syahadah
* Syahadah merupakan persimpangan jalan antara Iman dengan kufur, antara tauhid dengan syirik dan Islam dengan jahiliyah

* Syahadah yang sebenar dapat merubahkan sikap peribadi seseorang daripada :
- Menyembah taghut kepada menyembah Allah
- kehidupan jahiliyah kepada kehidupan secara Islam

Pengertian Kalimah Syahadah

- Kalimah Syahadah disebut juga kalimah Toyyibah, kalimah tauhid atau kalimah sumpah setia.

- Syahadah mengandungi Iktiqad, Ikrar, dan Iktiraf atau Pegangan, pengakuan pengiktirafan dan kepercayaan bahawa:

- “ Tiada Tuhan ( ا له ) yang disembah dengan sebenar senarnya melainkan Allah jua dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah

Pengertian Illah

Perkataan ( اله ) dari segi bahasa : Ma’luh / makbud ( معبود مألوه )
( yang di sembah / yang di puja )

Allah : Tuhan sebagai tempat tumpuan dan matlamat pengabdian
Allah : Tuhan sebagai tempat perlindungan dan pertolongan
Allah : Tuhan sebagai tempat tumpuan kecintaan dan kasih sayang
Allah : Tuhan sebagai tempat ketenangan dan kesenangan
Allah : Tuhan sebagai sumber perundangan syariah / hukum hakam tertinggi

Rumusan makna ” Lailahaillah ” :

menafikan segala kuasa lain tidak ada tuhan untuk pengabdian , peribadatan , ketaatan, ketundukan, kesetiaan, puja, dan puji, mahabbah / mawaddah , ketenangan, perlindungan, pertolongan, sumber undang-undang, dan hukum tertinggi kecuali Allah sahaja.

MAKSUD MUHAMMAD RASULULLAH

- Muhammad Rasullulah ialah hamba ALLAH merupakan nabi dan pesuruh Allah.
- Diutuskan untuk menyampaikan ajaran islam kepada umat manusia, ia sebagai pembimbing, membawa hidayah, pemimpin, contoh teladan yang baik dan pembawa rahmat sekalian alam.
- Kalimah Rasulullah ini mewajibkan orang islam meyakini dan mengikut cara hidup baginda dalam perkara seperti berikut :
• Segala perkhabaran yang disampaikan oleh Rasul adalah benar kerana diwahyukan oleh ALLAH.
• Segala perintah nabi wajib ditaati dan diutamakan daripada perintah makhluk lain.
• Segala larangan wajib dijauhi.
• Segala ibadah kepada ALLAH hanya dengan cara yang diajarkan dan dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W yang wajib diikuti.

Firman ALLAH :
Maksudnya :
” dan apa yang datang kepada kafir oleh Rasul S.A.W maka mengerjakanlah dan apa yang baginda larang kamu darinya, maka kamu jauhilah dari mengerjakannya...”
(Surah Al hasyr :7)

Kesempurnaan Syahadah

* Tidak sempurna seseorang mengucap dua kalimah syahadah kecuali anda harus
memahami tiga perkara berikut :

1. ( تصديق ) ( Tashdik / membenarkan dalam hati terhadap Allah dan Rasul )
2. ( اقرار ) Ikrar / pengakuan dengan lidah
3. Melakukan amalan dengan anggota badan

Syarat mendapat Syahadah

Diantara syarat syarat untuk mendapat Syahadah :

1. Ilmu : Seseorang itu mesti mengetahui serta memahami maksud kalimah syahadah
serta tuntutannya
2. Yakin : Seseorang mesti yakin kepada Allah, Rasul serta ajarannya
3. Inkiyad : Kepatuhan dan ketundukan kepada kehendak syahadah dan tuntutanya
4. Qabul : menerima serta membenar dan mempercayai semua ajaran al Quran dan
Al hadis.
5. Ikhlas : diucapkan secara ikhlas tanpa sebarang keraguan / syak
6. Mahabbah: Perasaan kecintaan kepada Allah dan Rasul.


Tuntutan Syahadah

- Mengucap dua kalimah syahadah sahaja tidak akan berhasil kecuali anda harus memahami dan mengamalkan segala tuntutannya

- Sebahagian tuntutan syahadah keatas sesorang muslim ialah :

1. Melaksanakan rukun iman, rukun Islam, amal ibadat secara ikhlas berpandukan Al Quran dan as Sunnah.

2. Bergabung diri dengan Islam didalam semua bidang kehidupan seperti : Akidah, syariah, akhlak, muamalat, ekonomi, politik, pendidikan, sosial, pemerintahan dll

3. Bergabung dengan Jamaah Islam tujuan ; berdakwah, amal Islami, amar maaruf dan mencegah kemungkaran dll.

4. Berusaha mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan hukum/perlembagan berdasarkan Al Quran & al Hadis

5. Berusaha mendirikan khilafah Islamiyah di muka bumi ini.( Wahdatul Ummah )


Perkara yang Membatalkan Syahadah

Perkara yang menyebabkan seseorang membatalkan syahadah iaitu menjadi murtad / keluar agama / kafir di antaranya :

1. Bertawakkal / bergantung diri kepada selain daripada Allah
2. Beramal, beribadat, bekerja kerana selain dari Allah
3. Mencipta undang undang yang bercanggah dengan ajaran Al Quran dan Al hadis
4. Benci dan menentang salah satu daripada ajaran Islam
5. Menghina dan mempersenda sendakan Al Quran, As-Sunnah serta ulama yang menegakan hukum Allah dan syariat Islam
6. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul, mengharamkan perkara yang di halalkan Allah
7. Mengingkari sifat sifat dan nama nama Allah
8. Menafikan kerasulan serta ajarannya dan tidak beradab pergaulan dengan Rasulullah SAW
9. Mengkafirkan orang muslim dan tidak mengkafirkan orang yang jelas kafir
10. Memperkatakan perkataan yang menghina Islam seperti :
• Melaksanakan hukum Islam akan mundur atau tidak maju
• Hukum Islam sudah lapuk / kembali kembali ke zaman unta
• Zaman sekarang tidak sesuai lagi melaksanakan hukum Islam
• Pemerintahan secara Islam tidak adil atau zalim dll.

No comments:

Post a Comment